Mesin Basuh Mini Mickey

Mesin Basuh Mini Mickey

Mesin Basuh Mini Mickey









Susuk tubuh lelaki
itu masih tidak
bergerak. Riak wajah Ayuni berubah risau.
Pergelangan tangan babahnya disentuh
lembut. Nadinya bergetar lemah.

"Babah ... bangunlah. Mak Piah!" Jerit
Ayuni. Pintu bilik berkeriuk deras, wajah
Mak Piah pucat, terkejut mendengar jeritan
deras Ayuni.

"Ya, Cik Ayuni," jawab wanita
lingkungan usia 50 tahun itu. Kerisauan
yang terpancar menampakkan lagi wajah
tua pembantu rumahnya itu.

"Mak Piah ... call ambulans sekarang.

Babah pengsan. Cepat Mak Piah," arah
Ayuni pantas.

"Baik Cik Ayuni," Mak Piah akur.

Kakinya segera menuruni tangga di rumah
agam yang terletak di pinggiran bandar.
Sudah sedekad lebih Mak Piah berkhidmat
di rumah itu. Inilah pertama kali Ayuni
berkeadaan cemas begitu.

"Maafkan saya. Boleh saya berjumpa
dengan ahli keluarga pesakit?" Tanya
doktor muda selepas selesai membuat
pemeriksaan rutin ke atas pesakit yang
terbaring lesu di dalam wad unit rawatan
rapi.

"Saya anak pesakit. Bagaimana
keadaan babah saya doktor?," tanya Ayuni
bimbang.

"Buat masa ini pesakit masih belum
sedarkan diri. Tapi keadaannya semakin
stabil," jawab doktor muda tersebut.

"Alhamdulillah, boleh saya melawat
babah?" pinta Ayuni.

"Buat masa ini saya minta pesakit tidak
diganggu. Biar dia berehat dahulu. Kalau
ada perkara penting, saya akan beritahu
cik ... ?"

"Ayuni. Panggil saja saya Ayuni."

Sam but wan ita muda itu lembut. Senyuman
terukir di bibir doktor muda itu. Membuang
jauh segala kebimbangan yang bersarang
di wajah cemas Ayuni. Kacak!

"Kalau ada perkara penting saya akan
maklumkan pada Cik Ayuni." Tegas doktor
muda itu sekian kali.

"Seeloknya Cik Ayuni pulang dahulu,
berehat. Sejak pagi tadi lagi, Cik Ayuni
sudah ada di sini. Kalau Cik Ayuni jatuh
sakit, nanti lagilah susah," cadang doktor
muda itu sambil mengenyit mata ke
arahnya.

Ayuni terpana seketika. Namun,
mengikut sahaja arahan yang diberikan
lantas meninggalkan doktor muda itu
sendirian. Ekor matanya masih sempat
menjeling ke arah doktor muda yang tanpa
disedari telah mencuri sebahagian hatinya.

Kerinduan

Perlahan Ayuni memulas tombol pintu
bilik babahnya. Haruman segar Davidoff
menusuk ke lubang hidungnya. Bau itu
cukup dikenali, sejak kecil sampailah
dewasa dia sudah terbiasa dengannya.
Kerinduan yang amat mendalam serta
merta menerpa ke dalam sanubari Ayuni.

Bebola mata Ayuni mengarah ke satu
sudut di tepi tingkat. Sebuah meja kerja
dan rak buku yang sejak dahulu menjadi
tempat kegemaran babah. Di ruang itu
juga babah banyak menghabiskan masa
dengan membaca. Baginya bilik babah
umpama perpustakaan mini. Kesemua
buku di atas rak itu juga sudah khatam
babah membacanya.

Ketekunan itulah membuatkan
babah cukup istimewa di mata Ayuni.
Babah seorang yang sabar dan ikhlas.
Babah juga tabah hatinya. Sejak umi

. .. sebuttr air mata gugur
di pipi putih gebu milik
Ayuni. Cuba ditahan
sebak di hati namun
akhimya gugur juga

musuh hidupnya itu. Ayuni
mengeset butir air mata
jemih yang membasahi
pipinya. Dia menyelak
halaman setetusnye.

Pembeceennyn diterusken,
halaman demi halaman
dibuka ...

meninggal dunia, babah mengambil
tanggungjawab membesarkan Ayuni
dengan penuh kasih sayang.

Tangan Ayuni mengusap lembut
permukaan meja kerja babah. Seakan
merasai kehadiran babah di sisi. Ayuni
melabuhkan punggung di kerusi kerja
babah yang empuk itu. Matanya terus
terpejam. Air matanya mengalir deras,
rindu benar mahu memeluk babah
seperti selalu.

Tangan Ayuni masih memegang
kejap permukaan meja itu.
Mengusapnya perlahan ke kiri, ke kanan.
Buk! Sepasang mata basah miliknya,
terbuka pantas. Hatinya ingin tahu isi
kandungan sebuah buku berwarna
kuning keemasan yang telah jatuh dari
atas meja kerja itu. Barangkali tertolak
saat jari jemarinya menari-nari sebentar
tadi.

'Diari babah? Haruskah aku
membacanya?' Sedang dirinya berkira­
kira tangannya sudahpun membuka
lembaran pertama diari tersebut.

Bagai gugur jantung aku apabila
mengetahui isteri kesayanganku mengidap
barah yang menjadi musuh nombor satu
bagi wan ita. Tiada kata-kata yang dapat
aku katakan kepadamu bagi menenangkan
jiwamu pada waktu itu. Hanya berada
di sisi mu setiap masa yang dapat aku
lakukan pada ketika ini. Ya .. aku belum
bersedia untuk kehilanganmu. Insan yang
menjadi penawar, pengubat dan bunga
di hatiku. Bukan aku sahaja yang tidak
bersedia kehilanganmu malah anak kita,
Ayuni juga. Aku tidak tahu bagaimana ingin
meneruskan hid up ini tanpamu. Va Allah ...
bantulah hambaMU yang lemah ini.

Kehilangannya cukup aku rasai. Sudah
hampir 20 tahun aku hidup bersamanya.
Suka ... duka ... susah senang kita tetap
harunginya bersama. Impian untuk
membesarkan anak kita. Va, satu-satunya
anak kita, Ayuni. Namun, tiada siapa yang
dapat melawan takdir Ilahi. Allah Maha Besar,
Allah Maha Suei. Pencipta sekalian makhluk
di muka bumi ini. Dia telah meminjamkan
kau kepada aku, Adat meminjam sampai
masanya perlu dipulangkan. Isteriku,
semoga kau aman di sana. Amanatmu agar
membesarkan Ayuni dengan sepenuh kasih
sayang akan aku tunaikan, sayang. Semoga
rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang
yang beriman. AI Fatihah.

Ayuni membetulkan kedudukannya.

Setiap perkataan yang tereoret di dalam diari
dibaea satu persatu penuh emosi.

Isteriku ... hari ini genap 16 tahun
usia puteri kita, Ayuni dan genap sebulan
kau pergi meninggalkan kami. Untuk
pengetahuanmu wahai isteriku, pagi-pagi
lagi Ayuni telah menyediakan sarapan. Sedap
masakan yang dibuatnya. Ya ... makanan
kegemaranmu, Mee goreng basah. Ayuni
juga tak lupa menambah udang di dalamnya.
Aku tahu dia merinduimu tapi dia tidak mahu
mengatakannya. Sungguh tabah puteri
kita, sayang. Inilah berkat didikanmu. Sejak
pemergianmu, tidak setitik air matanya jatuh.
Aku tahu kenapa, sebab dia tidak mahu
melihat babahnya bersedih. Aku kagum
dengan semangatnya. Alhamdulillah, puteri
kita membesar dengan baik dan sempurna.
Amanatmu tetap akan aku jalankan. Jangan
risau wahai isteriku.

Sebutir air mata gugur di pi pi putih gebu
milik Ayuni. Cuba ditahan sebak di hati
namun akhirnya gugur juga musuh hidupnya
itu. Ayuni mengesat butir air mata jernih yang
membasahi pipinya. Dia menyelak halaman
seterusnya. Pembacaannya diteruskan,
halaman demi halaman dibuka.
0 Komentar untuk "Mesin Basuh Mini Mickey"

 
Copyright © 2014 Jual Borong Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info