Tilam Kereta Online

Tilam Kereta Online

Tilam Kereta Online





Senario ibu bapa yang terlalu cerewet memilih pusat pendidikan.

Kalau boleh biar bahasa pengantqrnya adalah bahasa asing. Barulah
nornpok 'standard'. Persepsi sebegini berlaku dalam masyarakat

hari ini malah jika si anak fasih berkomunikasi bahasa luar, terbit satu
kebanggaan di hati ibu don ayah. Pada mereka, bahasa Melayu
adalah bahasa yang biasa digunakan jadi tidak perlu terlalu mengkaji
atau teliti menggunakannya. Sebab itulah berlakunya kejadian sewaktu
pengumuman keputusan peperiksaan, bahasa Melayu ado yang
memperoleh C malah D sedangkan bahasa Inggeris tetap A. Siapakah
yang bersalah? Adakah si anak keliru atau ibu bapa yang obses pad a
bahasa kerana terlalu mengikut trend semasa? Ikuti kupasannya
bersama pakar serta beberapa responden mengenai topik yang
dibincangkan ini.

P ejuang bahasa, Prof. Dr.
Nik Safiah Karim turut
memberikan pandangannya
yang tersendiri tentang
isu yang diketengahkan
lni. Katanya, ibu bapa perlu sedar dan
tahu jika hanya bergantung pada satu­
satu bahasa sahaja tidak kira sam a ada
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris,
ia memang tidak mencukupi lebih­
lebih lagi pada masa kini. Anak-anak
sekurang-kurangnya perlu dilengkapi
dengan kemahiran berbahasa Melayu,
iaitu bahasa kebangsaan mereka dan
juga bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua atau bahasa ilmu. Tetapi, tiada
salahnya jika anak-anak berminat
serta mempunyai masa untuk mereka
menambah penguasaan bahasa ketiga
dan seterusnya. la sebaliknya banyak
memberi manfaat dan kebaikan pad a
mereka.

"Akan tetapi, kalau memilih bahasa
Inggeris sahaja, saya bimbang anak­
anak ini akan ketinggalan serta gagal
dalam penguasaan bahasa ibunda kita
tru. Bahasa itu membentuk budaya.
Rasa cinta dan sayang pad a bahasa dan
budaya akhirnya akan melahirkan generasi
yang cintakan negara. Sebaliknya, jika
situasi ini dibiarkan berterusan akibatnya
nanti negara kita juga yang akan rugi. Ini
kerana anak-anak ini tiada rasa cinta
dan sayang terhadap bahasa Melayu
yang diangkat martabatnya menjadi
bahasa kebangsaan negara. Negara
kita ini akhirnya akan jadi negara yang

hanya di dalam perlembagaannya

sahaja mempunyai bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan. "Tetapi,
secara praktiknya, ta tiada nilai kerana
sudah tidak lagi dihargai oleh penutur
serta rakyat negara kita sendiri. Adalah
sesuatu yang amat memalukan apabila
warganegara itu tidak menghargai bahasa
ibunda mereka," tegasnya.

lidak sempurna jati diri Melayu

Sambungnya lagi, ibu bapa sekarang
banyak dilihat bukan sekadar memberatkan
penguasaan bahasa Inggeris sehingga
menghantar anak-anak ke sekolah yang
mengutamakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa perantaraan tetapi komunikasi
di rumah juga turut dipraktikkan dalam
bahasa tersebut. Bukanlah menjadi
suatu kesalahan sekiranya ibu bapa mahu
berkomunikasi dengan anak-anak di rumah
menggunakan bahasa tersebut kerana saya
percaya 'practice makes perfect'. Banyak
berlatih berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris, anak-anak juga tidak malu untuk
bercakap malah boleh melatih mereka
menguasainya dengan lebih baik lagi.

"Malangnya, bila terlalu obses dan
mengagungkan bahasa Inggeris melebihi
bahasa kebangsaan, saya bimbang anak­
anak ini akan ketinggalan serta gagal dalam
menguasai kemahiran berbahasa Melayu.
Memang mengecewakan dan menyedihkan
kebanyakan anak-anak generasi sekarang
yang tidak didedahkan dengan keindahan
bahasa Melayu.

"Kata pepatah 'tak kenai maka tak
cinta'. Betapa bahasa kita begitu indah
sekali. Ada peribahasa, perumpamaan,
pantun, sajak, puisi dan sebagainya. Tetapi
bila tidak didedahkan dengan bahasa kita
ini tak mustahil ada di antara generasi kita
ini yang keliru bahasa.

"Mereka tidak tahu penggunaan
pepatah atau peribahasa yang sesuai,
tidak faham maksudnya malah kadang­
kadang bila bercakap dalam bahasa

Inggeris dengan baik sekali tetapi bila
minta diterangkan dalam bahasa Melayu,
mereka sukar untuk melakukannya. Bagi
saya, orang sebegini tidak sempurna jati diri
Melayu mereka. Terus-terang, saya amat
kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa
yang mementingkan bahasa ini berbanding
bahasa kebangsaan kita. Benar, semua
bahasa itu bagus dan memberi kelebihan
kepada sesiapa sahaja yang menguasainya.
Namun, dalam konteks negara kita, hormati
dan sayangilah bahasa kebangsaan kita,
berkenalanlah dengan bahasa kita untuk cari
keindahan bahasa kita. Jangan pandang
rendah bahasa Melayu kita ini," katanya lagi.

Hayati keindahan
bahasa Melayu

Menurutnya, ibu bapa memainkan
peranan penting untuk membentuk minat
dan sikap cintakan bahasa. Kepimpinan
melalui tauladan. Jadi, ibu bapa perlu sama­
sam a tekun seiring dengan anak-anak untuk
menghargai bahasa kita. Jangan hanya
nasi hat anak supaya banyak membaca
sedangkan anak-anak sendiri tidak pernah
melihat ibu bapa mereka membaca.

"Galakkan anak-anak untuk menghayati
unsur-unsur dan keindahan bahasa Melayu
sam a ada melalui lagu-Iagu, drama, filem,
karya penulisan seperti sastera, puisi, sajak,
pantun, majalah, novel ataupun bahan
bacaan ringan. Bawalah mereka ke kelas­
kelas tuisyen berbahasa Melayu untuk
membantu mereka lebih mudah menguasai
bahasa dengan lebih baik. Inisiatif sebegini
penting bagi memastikan anak-anak tidak
ketinggalan dalam penguasaan bahasa
Melayu.

"Jangan sampai langsung tidak meng­
gunakan bahasa Melayu dalam kehidupan.
Meninggalkan bahasa kebangsaan sendiri,
maka terputuslah mereka dengan budaya
yang selama ini diangkat tinggi. Tanpa
bahasa kita, seolah-olah
tidak lengkaplah keme­
layuan seseorang itu,"
akhiri Prof. Dr. Nik Safiah
Karim memberikan
tip-tip mudah untuk
galakkan anak hargai dan
cintai bahasa kebangsaan

kita.

... Kepimpinan melaJui tauJadan. Jadi,
ibu bapa perlu sama-sama tekun
seiring dengen anak -anak untuk
mengiuuge: bahasa kita ...

0 Komentar untuk "Tilam Kereta Online"

 
Copyright © 2014 Jual Borong Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info